RM500 juta pelaburan strategik YCH Fusionaris buktikan potensi jadi realiti

2025-08-19    HaiPress

Foto Facebook Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

KUALA LUMPUR,17 Ogos – Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,berkata pelaburan strategik YCH Fusionaris Sdn. Bhd. membuktikan potensi pelaburan yang sebelum ini diumumkan menjadi kenyataan.

Beliau menerusi hantaran Facebook memaklumkan,pelaburan berjumlah RM500 juta dari syarikat logistik terkemuka itu di Bandar Bukit Raja,Klang,Selangor,merupakan hasil peluang yang dikenal pasti semasa misi perdagangan dan pelaburan ke Singapura.

"Pelaburan ini bukan sahaja melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai hab rantaian bekalan serantau,malah turut membuka 100 peluang pekerjaan baharu untuk rakyat tempatan," menurutu hantaran itu.

Beliau menambah,YCH turut giat menjalinkan kerjasama dengan rakan kongsi logistik tempatan sekali gus memperkukuh ekosistem perniagaan negara.

Tengku Datuk Seri Zafrul menegaskan,ia adalah bukti jelas bahawa setiap inisiatif bawah Kerajaan MADANI merupakan langkah permulaan yang membawa kepada pelaburan berimpak tinggi demi kemajuan ekonomi dan teknologi negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap