TalentCorp, SAMENTA tangani jurang bakat PKS dengan Dana Latihan Industri RM2 juta

2025-08-14    HaiPress

Foto fail

KUALA LUMPUR,13 Ogos - Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) memeterai Memorandum Persefahaman untuk meningkatkan kebolehpasaran serta sokongan pembangunan bakat dalam sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Menerusi kerjasama strategik itu,TalentCorp memperuntukkan sejumlah RM2 juta kepada ahli SAMENTA bawah program Geran Padanan Latihan Industri Berstruktur PKS (LIKES).

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan TalentCorp,Thomas Mathew,inisiatif LiKES membolehkan PKS menyediakan latihan industri


berkualiti yang memberi pengalaman sebenar dan membekalkan graduan dengan kemahiran dan keyakinan untuk pasaran kerja.

''Sokongan kepada majikan dan pelatih,akan membina tenaga kerja yang lebih sepadan dengan keperluan industri dan bersedia menyumbang kepada pertumbuhan jangka panjang negara,” katanya menerusi satu kenyataan bersama.

Sementara itu,Presiden SAMENTA,Datuk William Ng berkata,peruntukan tersebut merupakan pemangkin penting dan menjadikan tawaran latihan industri PKS lebih menarik kepada golongan muda.

Pada masa sama,membina kapasiti dan memastikan PKS kekal berdaya saing.

"Kerjasama selama dua tahun ini akan memanfaatkan rangkaian luas SAMENTA dengan sasaran minimum 1,500 peluang latihan industri di PKS dalam tempoh tersebut," ujarnya.

Bagi maklumat lanjut mengenai program LiKES,PKS digalakkan berhubung dengan SAMENTA melalui e-mel Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya..

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap