Penjawat awam disaran pelihara prestasi, produktiviti dan intergriti

2025-08-14    HaiPress

Datuk Dr. Adnan Mat/Foto Bernama

SEREMBAN,14 Ogos - Pengerusi Kongres Pekerja-pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS),Datuk Dr. Adnan Mat menyeru penjawat awam hadir beramai-ramai keMajlis Amanat Perdana Perkhidmatan Awam ke-20di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya esok.


Beliau berkata,tiga daripada empat perkara utama telah dimuktamadkan,manakala satu lagi masih menunggu pengumuman rasmi oleh Perdana Menteri.

Datuk Dr. Adnan mengingatkan semua ahli,supaya bersatu dan mengukuhkan keahlian sebagai kumpulan pendesak utama kepada kerajaan disamping memelihara prestasi,produktiviti dan integriti sepanjang perkhidmatan sebagai pe jawat awam.

''Mengambil ucapan daripada yang amat berhormatPerdana Menteri juga,pada MAPA yang lalumenyarankan agar kita semua berilahpulangan yang setimpal dengan kenaikan gajidengan menunjukkan prestasi kerja kitaproduktiviti kitadan juga integriti kitayang sentiasa terpelihara.

"Ini amat penting kerana apa?Jika kita mampu melakukan perubahan,maka amat mudahkepada CUEPACS untuk membincangkan sesuatu menjelang tahun2027 yang akan datangsudah pastilahkami sedang merangka apakah pengumumanpada tahun 2027 yang akan datang," katanya.

Datuk Dr. Adnan turut menegaskan prinsip perjuangan CUEPACS,iaitu setiap perubahan dasar kerajaan perlu berlandaskan konsep“No Less Favourable”,termasuk pelaksanaan skim lantikan tetap bercaruman bagi pengambilan baharu mulai Disember 2025

Beliau berkata demikian ketika hadir diMajlis Apresiasi Madani Negeri Sembilanmalam tadi dan menyatakan penghargaan kepada jasa pesara dan mantan kepimpinan CUEPACS.

Dalam pada itu,Datuk Dr. Adnan merakamkan penghargaan kepada mantan Ketua Pengarah Kesihatan,Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah,kerana mempertahankan polisi waktu kerja 42 jam seminggu dan menyatakanpengiktirafan kepada perjuangan terdahulu yang membawa pelbagai manfaat kepada penjawat awam,termasuk kenaikan pangkat “time-based” dan bayaran insentif BIP.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap