Chow Kon Yeow ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Agilent Lighthouse di Agilent Technologies,Bayan Lepas
BAYAN LEPAS,14 Ogos – Isu Jalur Gemilang dipasang terbalik di Pulau Pinang tidak perlu diperbesarkan lagi,kata Ketua Menteri,Chow Kon Yeow.
Beliau berkata,semua pihak telah menyuarakan pandangan,manakala polis selesai menjalankan siasatan dan menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara.
Bendera berkenaan juga telah dipasang semula di lokasi terlibat.
“Polis sudah menyiasat,kertas siasatan pun sudah diserahkan. Saya percaya semua pihak sudah bersuara,jadi tak perlu dilanjutkan lagi. ‘Let’s move on’,” katanya.
Beliau ditemui selepas menghadiri majlis sambutan Agilent Lighthouse di Agilent Technologies,Bayan Lepas.
Semalam,Polis Pulau Pinang menasihatkan orang ramai supaya tidak menyertai mana-mana perhimpunan yang dipercayai berkaitan isu Jalur Gemilang terbalik,yang dilaporkan bakal diadakan di Bertam petang ini.
Ketua Polis Negeri,Datuk Azizee Ismail,berkata langkah itu diambil bagi menjaga keselamatan penduduk setempat serta ketenteraman awam.