MCMC panggil Muhyiddin sebagai saksi bantu siasatan kandungan Tiktok

2025-08-08    HaiPress

Foto Bernama

PUTRAJAYA,7 Ogos - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menghubungi Ahli Parlimen Pagoh,Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk memberi keterangan sebagai saksi bagi membantu siasatan berkaitan kandungan yang dimuat naik di sebuah akaun TikTok.

Menurut MCMC,siasatan itu bertujuan mengesahkan konteks kandungan video yang mengaitkan Muhyiddin dengan satu dakwaan berhubung subsidi bersasar petrol RON95.

"Fokus siasatan adalah bagi mengesahkan konteks kandungan yang disiarkan dan tidak melibatkan sebarang dakwaan atau pertuduhan terhadap beliau," menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Bagi melengkapkan siasatan,MCMC memaklumkan pihaknya akan memanggil mana-mana individu berkaitan sekiranya perlu.

MCMC turut menggesa semua pihak agar tidak membuat sebarang spekulasi dan memberi ruang kepada proses siasatan yang sedang dijalankan secara bebas,berhemah dan profesional. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap