Foto fail
KUALA LUMPUR,5 Ogos - Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka meningkat hari ini seiring prestasi kadar asas pasaran tunai.
Pada 9.22 pagi ini,kontrak niaga hadapan bulan semasa Ogos 2025 meningkat sebanyak 4.0 mata kepada 1,534.50,September 2025 dan Mac 2026 masing-masing menambah 5.0 mata kepada 1,515.00 dan 1,500.00 manakala Disember 2025 naik 5.5 mata kepada 1,516.50.
Jumlah dagangan sebanyak 1,412 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,139 kontrak.
Indeks petunjuk FBM KLCI naik 6.44 mata kepada 1,533.42 selepas 42 minit dagangan dijalankan daripada paras 1,526.98,semalam. - BERNAMA