Menteri Digital,Gobind Singh Deo/ BERNAMA
KUALA LUMPUR,5 ogos - Kerajaan komited memperhebat pembangunan ekosistem kecerdasan buatan (AI) agar lebih selamat,bertanggungjawab dan berdaya tahan.
Menteri Digital,Gobind Singh Deo berkata,ke arah itu beberapa langkah pencegahan dibangunkan menerusi pendekatan dasar,sistem dan adaptasi teknologi serta kerjasama rentas agensi.
Beliau berkata Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) juga sedang membangunkan garis panduan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan dijangka selesai pada Januari sehingga Mac 2026.
"Kita sekarang dalam proses National AI Roadmap untuk tahun 2026-2030. Di dalam dokumen itu,aspek AI ancaman siber yang berlandaskan AI dan sebagainya kita bincangkan. Saya harap dalam akhir tahun ini kita dapat melancarkan dokumen tersebut dan saya harap bahawa bergerak ke depan. Dokumen itu dapat membantu kita menyelesaikan,ini bukan sahaja di negara kita,di peringkat ASEAN dan global yang kita boleh",katanya.
Beliau menjawab soalan yang dikemukakan oleh Wakil Balik Pulau,Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik di Dewan Rakyat.
Pada masa sama,kementerian turut melaksanakan Garis Panduan Pengadaptasian AI di Sektor Awam (GPAISA) bagi membantu jabatan dan agensi kerajaan menggunapakai teknologi AI secara beretika dan mematuhi prinsip tadbir urus serta hak asasi manusia.
Selain,membangunkan aplikasi berasaskan AI menerusi CyberSecurity Malaysia dengan kerjasama Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi mengesahkan ketulenan gambar dan video,yang akan membantu siasatan jenayah siber seperti penipuan dalam talian,pemalsuan identiti dan penyebaran fitnah digital.