
TUDM bakal terima sistem Pesawat Tanpa Pemandu ANKA-S dari Turkiye / Foto Hiasan / TURDEF
KUALA LUMPUR,5 Ogos – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bakal menerima sistem Pesawat Tanpa Pemandu (UAS) jenis ANKA-S,yang diperoleh daripada Turkish Aerospace Industries (TAI),di bawah Fasa 1 pelaksanaan Pelan Perolehan Strategik Pertahanan Negara.
Menurut Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari perolehan bagi Fasa 2 akan diteruskan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bagi menyokong pelan jangka panjang CAP55,yang bertujuan membentuk sebuah TUDM moden,responsif dan berteknologi tinggi.
Timbalan Menteri Pertahanan,Adly Zahari / Foto Bernama
“Keutamaan perolehan UAV ini telah melalui beberapa langkah strategik pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam merangka keupayaan menjelang RMK-13."Antara siri jawatankuasa yang terlibat ialah Jawatankuasa Pembangunan Angkatan Masa Hadapan (JK PEMAMPAN),Strategic Round Table Talk (SRTT) dan Jawatankuasa Panglima-Panglima (JPP),yang memperhalusi keupayaan selaras dengan Fasa Pembangunan Angkatan Masa Hadapan (AMH) 2026–2030,” katanya dalam sesi Soal Jawab di Dewan Rakyat,hari ini.Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Ahli Parlimen Tebrau,Jimmy Puah Wee Tse yang ingin mengetahui perancangan kementerian dalam mengintegrasi penggunaan UAV ke dalam sistem pertahanan udara negara.Adly turut menjelaskan sistem UAS/UAV dilihat mampu mempertingkat keupayaan ATM,terutamanya dalam aspek pertahanan udara dan serangan udara,sekali gus memperkukuh keberkesanan operasi menerusi domain udara.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.