Kerajaan Persekutuan disaran bina semula klinik usang di Sarawak

2025-08-05    HaiPress

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak,Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi

KUCHING,5 Ogos – Kerajaan Persekutuan disaran agar segera membina semula klinik-klinik kesihatan di Sarawak yang telah berusia lebih 40 tahun bagi memastikan struktur bangunan kekal selamat dan selesa untuk digunakan oleh petugas serta pesakit.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak,Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi berkata antara klinik yang memerlukan perhatian segera ialah Klinik Kesihatan Telaga Air yang telah beroperasi sejak 1982,malah terdapat juga klinik lain yang dibina lebih awal sebelum penubuhan Malaysia.

“Kebanyakan klinik lama ini kini berada dalam keadaan daif dan struktur bangunan yang rapuh boleh menimbulkan risiko keselamatan kepada petugas dan pesakit,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri Majlis Penyerahan Alat-alat Perubatan dan Bukan Perubatan untuk Klinik Kesihatan Telaga Air,di sini hari ini.

Dalam pada itu,beliau turut menggesa agar kerajaan mempertimbangkan pembinaan makmal perubatan lengkap bagi klinik kesihatan terutamanya kategori tiga ke atas,yang kini hanya dilengkapi kemudahan asas dan tidak mempunyai mesin X-ray.

Tambahnya,di kawasan Pantai Damai,hanya Klinik Kesihatan Santubong yang telah menerima peruntukan untuk dinaik taraf,daripada keseluruhan empat klinik kesihatan yang terdapat di kawasan tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap