
MCMC siasat video eksploitasi gelandangan,janji tindakan tegas / Foto Fail
CYBERJAYA,5 Ogos – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memulakan siasatan berhubung penyebaran sebuah video yang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan.
Dalam satu kenyataan,MCMC memandang serius tindakan menghasilkan dan menyebarkan kandungan yang mengeksploitasi golongan terpinggir semata-mata demi hiburan murahan,menarik tontonan dan mencetuskan keresahan dalam kalangan masyarakat.
Menurut MCMC,penyebaran kandungan yang merendahkan atau menghina maruah individu bukan sahaja tidak beretika,malah boleh mendorong kepada normalisasi budaya tidak berperikemanusiaan dalam masyarakat.
Tangkap layar video tularyang memaparkan sekumpulan individu dipercayai pempengaruh memberi sisa makanan kepada seorang gelandangan
“Siasatan terhadap kandungan tersebut sedang dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada. Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati bersalah,” jelas kenyataan itu.MCMC turut mengingatkan orang ramai agar tidak memuat naik atau menyebarkan kandungan bersifat provokatif yang boleh mengganggu ketenteraman awam.Sebarang kandungan jelik melampau,palsu atau berunsur ancaman boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588).Jika disabitkan kesalahan,individu boleh didenda sehingga RM500,000,dipenjara maksimum dua tahun,atau kedua-duanya sekali.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.