Projek naik taraf jalan FT004 di Kedah capai kemajuan awal

2025-08-05    HaiPress

Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT004 bagi laluan Gerik–Kupang–Lunas di Kedah kini telah mencapai kemajuan sebanyak 25.52 peratus

KULIM,5 Ogos – Projek menaik taraf Jalan Persekutuan FT004 bagi laluan Gerik–Kupang–Lunas di Kedah kini telah mencapai kemajuan sebanyak 25.52 peratus,iaitu 0.58 peratus lebih awal daripada jadual asal.

Projek berimpak tinggi bernilai RM299.2 juta itu mula dilaksanakan pada 28 Julai 2022 dan dijangka siap sepenuhnya pada 3 April 2028.

Ia bertujuan meningkatkan kemudahan infrastruktur dengan mengurangkan kesesakan lalu lintas di sekitar laluan Persimpangan Kulim Hi-Tech Park (Fasa 4) hingga ke Persimpangan Bukit Karangan/Jubai.

Menteri Dalam Negeri merangkap Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kedah,Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata projek berkenaan telah diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama,Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (tengah) bergambarselepas mengadakan lawatan kerja dan mendengar taklimat perkembangan terkini projekmenaik taraf Jalan Persekutuan FT004 di Kulim
Menurut beliau,skop projek merangkumi penaiktarafan jalan sedia ada daripada dua lorong satu hala kepada empat lorong dua hala (dual carriageway) sepanjang 12.6 kilometer,melibatkan laluan antara Persimpangan Kulim Hi-Tech Park (Fasa 4) hingga ke Persimpangan Bukit Karangan/Jubai.Selain itu,projek turut melibatkan kerja menaik taraf tiga jambatan sedia ada selaras dengan peluasan jalan tersebut.Antara komponen utama termasuk pembinaan Heavy Duty Pavement dari Persimpangan Kulim Hi-Tech ke Persimpangan Inokom,kawasan yang menjadi tumpuan utama aktiviti perindustrian.“Apabila siap kelak,projek ini dijangka memberi impak positif dan segera,terutamanya dalam menyokong pertumbuhan pesat kawasan industri Kulim Hi-Tech. Kita harap ia akan memacu manfaat ekonomi dan memperkukuh rantaian ekonomi di kawasan ini,” katanya.Beliau berkata demikian kepada RTM selepas mengadakan lawatan kerja dan mendengar taklimat perkembangan terkini projek berkenaan,di sini.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap