Kanak-kanak lelaki dua tahun maut terjatuh dalam lubang pembentung

2025-08-05    HaiPress

Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembentung di Jalan Pedada,Sibu / Foto JBPM Sibu

SIBU,5 Ogos – Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut selepas terjatuh ke dalam lubang pembentung di Jalan Pedada,di sini petang semalam.

Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak,Andy Alie berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 6.29 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba,pasukan penyelamat dimaklumkan bahawa seorang kanak-kanak lelaki dipercayai terjatuh ke dalam lubang pembentung berhampiran laluan berkenaan.

“Terdahulu,bapa mangsa turut memaklumkan bahawa anak lelakinya hilang dan dipercayai terjatuh ke dalam sistem pembentungan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan.

Operasi mencari dan menyelamat dimulakan pada pukul 6.55 petang dan kira-kira lima minit kemudian,mayat kanak-kanak itu ditemui dalam keadaan terapung di dalam lubang pembentung berkenaan.

Pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan mayat mangsa sebelum diserahkan kepada pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Mangsa dikenal pasti sebagai Ehthin Ling,berusia dua tahun. Mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Sibu untuk tindakan lanjut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap