RMK13: Kerajaan terus perkasa inisiatif kos sara hidup

2025-07-31    HaiPress

Kerajaan akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup,termasuk meneruskan bantuan tunai / Foto Hiasan / Bernama

KUALA LUMPUR,31 Julai – Kerajaan akan terus memperkukuh pelbagai inisiatif bagi meringankan beban rakyat susulan kenaikan kos sara hidup,termasuk meneruskan bantuan tunai dan pemerkasaan program di bawah Payung Rahmah.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata program seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diteruskan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.

"Payung Rahmah juga akan dipergiat melalui program-program utama seperti Jualan Rahmah,Menu dan Kafe Rahmah serta Bakul Rahmah yang membolehkan akses kepada makanan dengan harga berpatutan,” katanya ketika membentangkan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) di Parlimen.

Menurut beliau,kerajaan turut akan meningkatkan pemantauan dan kawalan harga makanan agar ketelusan harga dapat dipastikan di sepanjang rantaian bekalan.

Datuk Seri Anwar berkata,sebanyak 17 bentuk bantuan diperkenalkan khusus untuk pelajar dari peringkat prasekolah hingga menengah agar tidak tercicir daripada memperoleh makanan yang sihat dan berkhasiat.

“Inisiatif ini termasuk Bantuan Makanan Asrama,Rancangan Makanan Tambahan,Bantuan Awal Persekolahan dan Biasiswa Persekolahan,” jelasnya.

Kerajaan juga akan terus berusaha mengurangkan beban rakyat bukan hanya melalui bantuan tunai,tetapi turut meliputi pengurangan kos utiliti,internet dan pengangkutan.

“Beban bil utiliti kediaman akan dikurangkan melalui kaedah kadar penggunaan masa (ToU) yang ditawarkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB),” ujarnya.

Datuk Seri Anwart turut mengumumkan Pakej Rahmah untuk perkhidmatan internet serta insurans dan takaful mampu bayar akan diteruskan,seiring usaha meningkatkan jaringan keselamatan sosial.

“Kerajaan juga terus memastikan kos pengangkutan awam kekal berpatutan,termasuk pas perjalanan bulanan,pas khas untuk pelajar,warga emas dan OKU,serta subsidi tiket penerbangan untuk pelajar,” katanya.

Langkah tersebut,tambah beliau,adalah sebahagian daripada pendekatan menyeluruh kerajaan dalam memastikan rakyat tidak terbeban dan terus mendapat perlindungan menyeluruh dalam aspek asas kehidupan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap