Pengambilalihan FGV, langkah konsolidasi

2025-07-30    IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,29 Julai - Pengambilalihan FGV Holdings Bhd (FGV) oleh Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) merupakan satu langkah konsolidasi bagi memperkukuh operasinya pada masa akan datang.

Pengerusi Felda Datuk Seri Ahmad Shabeery Cheek berkata struktur Felda akan diseragamkan kembali bersama FGV supaya tidak ada pertindihan operasi pada masa akan datang.

“Sebagai contoh dalam operasi Felda dan FGV,ada jabatan hospitaliti dan koperasi mereka sendiri dan ada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) mereka. Apakah perlu setiap satu itu ada CEO atau perlu satu CEO untuk semua.

“Ini peluang untuk kita menyusun balik serta menstruktur kembali Felda dan FGV tanpa terikat dengan peraturan Bursa. Kita melihat ini sebagai satu langkah penting untuk membuka jalan kepada Felda menuju ke arah yang lebih baik lagi selepas ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

Felda telah berjaya mencapai pemilikan melebihi 90 peratus saham dalam FGV melalui tawaran pengambilalihan sukarela yang sedang berlangsung.

Pengambilalihan saham FGV ini bukan sahaja membuka jalan ke arah pemerkasaan Kumpulan Felda yang lebih mampan dan berfokus,malah selari dengan aspirasi Felda dalam menjayakan Pelan Strategik dan Hala Tuju Kumpulan Felda 2025-2030.

Pada 2020,Felda mencetuskan tawaran pengambilalihan selepas meningkatkan pegangan dalam FGV daripada 33.66 peratus dengan membeli saham daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) dan Urusharta Jamaah pada nilai RM658 juta.

FGV yang mula disenaraikan pada 2012 pada harga RM4.55 sesaham berjaya meraih RM10.5 bilion dalam satu daripada Tawaran Awam Permulaan (IPO) terbesar di Malaysia. Bagaimanapun,sejak itu,harga sahamnya merosot dengan ketara. -BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap