Eksport semikonduktor kekal kukuh

2025-07-25    IDOPRESS

Foto RTM

PETALING JAYA,24 Julai - Eksport semikonduktor Malaysia kekal kukuh dengan mencatat pertumbuhan 15.7 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini,mengatasi kadar pertumbuhan eksport keseluruhan negara iaitu 3.8 peratus.

Menteri Pelaburan,Perdagangan dan Industri,Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata,setiap RM1 yang dibelanjakan dalam industri tersebut menjana lebih RM2 dalam output langsung kepada ekonomi negara melalui rantaian bekalan,sektor sokongan dan pendapatan isi rumah.

“Secara keseluruhan,industri ini telah menyumbang sebanyak RM4.9 trilion dalam output ekonomi tahun lalu,sekali gus membuktikan peranannya sebagai pemacu berganda utama ekonomi negara,” katanya dalam ucapannya sempena Sidang Kemuncak Semikonduktor ASEAN (ASEMIS) 2025,hari ini.

Tambahanya,walaupun berdepan cabaran global,prestasi memberangsangkan itu menunjukkan Malaysia kekal relevan dan berdaya saing dalam ekosistem semikonduktor dunia.

Lebih penting,katanya,pertumbuhan tersebut kini melangkaui negeri tradisi seperti Pulau Pinang dan Selangor serta meliputi negeri-negeri lain iaitu Kedah,Negeri Sembilan,Perak dan Sarawak.


Industri itu bukan sahaja memberi manfaat kepada syarikat besar,tetapi turut mengangkat hampir 1,000 Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang menjadi tunjang kepada ekosistem semikonduktor negara.

Dalam tempoh setahun lalu,Malaysia telah mencatat kemajuan dalam beberapa sasaran strategik di bawah Strategi Semikonduktor Nasional (NSS) termasuk dari segi pelaburan,peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia,pemindahan teknologi dan pembangunan ilmu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap