Malaysia perlu runding semula tarif dengan AS - Pakar

2025-07-11    IDOPRESS

Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,10 Julai -Rata-rata penganalis ekonomi perpandangan,rundingan dua hala antara Malaysia dengan Amerika Syarikat antara langkah strategik yang perlu dilaksanakan ketika ini.

Ia susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat,Donald Trump bahawa tarif import sebanyak 25 peratus akan dikenakan ke atas produk dari Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Menurut Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Muamalat,Universiti Sains Islam Malaysia (USIM),Profesor Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali,Malaysia perlu sentiasa bersedia dari segi daya saing dan tidak terlalu bergantung kepada pasaran Amerika Syarikat semata-mata.

"Malaysia perlu memperkukuh usaha diversifikasi pasaran eksport.

"Ini penting supaya kita tidak terlalu bergantung kepada Amerika Syarikat,dan boleh meneroka potensi pasaran baharu di rantau Asia,Eropah,dan negara-negara lain yang terkesan oleh dasar tarif ini,” ujarnya.

Pandangan itu turut disokong Felo Penyelidik Pusat Pembangunan Ekonomi dan Dasar (UMS),Dr. Izaan Jamil,yang menyarankan agar Malaysia segera mengambil kesempatan daripada kehadiran Setiausaha Negara Amerika Syarikat,Marco Rubio,yang kini berada di Malaysia bagi menghadiri Forum Serantau ASEAN.

“Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim,yang juga Pengerusi ASEAN ketika ini,perlu menggunakan peluang ini untuk memohon penangguhan pelaksanaan tarif tersebut,dan mengadakan rundingan semula berkaitan dasar perdagangan antara kedua-dua negara,” katanya.

Tambah beliau,dalam situasi ketidaktentuan pasaran global,Malaysia harus segera memperkukuh rantaian bekalan global,serta meningkatkan kerjasama ekonomi dengan negara-negara serantau dan rakan dagang baharu.

“Ini penting bukan sahaja untuk memastikan kelangsungan eksport negara,tetapi juga bagi menjamin daya tahan ekonomi kita dalam jangka panjang,” jelasnya ketika dihubungi Berita RTM.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap