Setiausaha Negara Amerika Syarikat,Marcoc Rubio (kanan)/Foto Bernama
KUALA LUMPUR,11 Julai - Setiausaha Negara Amerika Syarikat,Marcoc Rubio memaklumkan pintu rundingan berhubung pelarasan tarif oleh negara itu masih terbuka.
Jelas beliau,ketika ini perbincangan aktif sedang dijalankan bersama beberapa negara,termasuk dari rantau Asia Tenggara.
''Kami ingin memaklumkan kadar tarif balas akan bermula pada 1 Ogos. Namun,perbincangan akan diteruskan minggu hadapan bersama Jepun dan rundingan sedang berjalan dengan hampir semua negara yang hadir di sini. Ini adalah rakan kongsi penting,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58,semalam.
Tambah beliau,Amerika Syarikat telah pun mencapai kemajuan dalam rundingan bersama Vietnam dan United Kingdom.
Beliau turut optimis perkara sama akan berlaku dengan beberapa negara lain dari semasa ke semasa.
Marco memaklumkan lebih 6,000 syarikat dari Amerika Syarikat telah melabur di rantau ini,sekali gus menjadikan Asia Tenggara sebagai rakan strategik penting dalam aspek ekonomi dan pertahanan.