
Foto Terengganu FM
KUALA LUMPUR,10 Julai - Program Madani Rakyat (PMR) 2025 kini berlangsung di Pasar Kedai Payang,Terengganu,bermula hari ini (Khamis) 10 Julai hingga Sabtu,12 Julai 2025.
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi,Mazlan Abd Mutalib berkata acara tersebut yang bertemakan pendekatan turun padang oleh pihak kerajaan membawa pelbagai perkhidmatan secara terus kepada rakyat dengan pelbagai pengisian menarik yang disediakan khas buat warga Terengganu.
"Sebanyak 24 reruai melibatkan pelbagai kementerian,jabatan dan agensi kerajaan termasuk penyertaan kerajaan negeri berada di lokasi,yang mempamerkan inisiatif dan bantuan yang boleh dimanfaatkan secara langsung oleh rakyat," kata beliau ketika ditemui pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media,di sini hari ini.
Setiausaha Bahagian Kanan (Pengurusan) Kementerian Komunikasi,Mazlan Abd Mutalib
Antara tarikan utama ialah jualan Madani Rakyat dengan diskaun sehingga 30 peratus bagi barangan keperluan asas,kaunter saman PDRM bagi semakan dan pembayaran saman,program tukar helmet lama kepada baharu bagi penunggang motosikal dan juga perkhidmatan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan tekanan darah dan saringan asas.Jelas Mazlan,acara itu turut menyediakan aktiviti kebudayaan dan sukan rakyat termasuk candat sotong,yang menjadi keunikan edisi Terengganu.Selain itu,pengunjung juga berpeluang berjumpa terus dengan wakil kementerian untuk menyuarakan sebarang isu dan mendapatkan bantuan secara terus.Majlis penutup PMR Terengganu akan disempurnakan oleh Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Sabtu ini,pukul 12.00 tengah hari.Beliau juga menasihatkan orang ramai agar merancang perjalanan lebih awal memandangkan lokasi Pasar Kedai Payang dijangka sesak.
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.