ASEAN gesa tangani ketegangan geopolitik di Laut China Selatan dengan berhemah

2025-07-10    HaiPress

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan (tengah) dan Menteri Luar China,Wang Yi (keenam dari kiri) berjabat tangan dengan barisan Menteri Luar ASEAN dan Menteri Luar Timor-Leste pada Mesyuarat Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN–China di ibu negara/ Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR,10 Julai - ASEAN menggesa semua pihak agar menangani ketegangan geopolitik di Laut China Selatan dengan penuh kebijaksanaan dan berhemah bagi memastikan rantau ini kekal aman,stabil dan makmur.

Menteri Luar,Datuk Seri Mohamad Hasan berkata konflik global yang kian rapuh kini menuntut kerjasama serantau yang lebih erat,sekali gus mengelakkan sebarang ketegangan yang boleh menjejaskan keselamatan dan perdagangan global.

“ASEAN menyambut baik kemajuan dalam rundingan Kod Tatalaku di Laut China Selatan (COC),dan berharap momentum positif ini dapat diteruskan,kami yakin bahawa dengan komitmen penuh semua pihak dalam rundingan,satu COC yang berkesan dan bermakna dapat dimuktamadkan dalam masa terdekat,” katanya ketika mempengerusikan Mesyuarat Pasca Menteri-Menteri Luar ASEAN–China,di sini hari ini.

Beliau turut menyambut baik kesediaan China menjadi negara kuasa nuklear pertama yang bersetuju menandatangani dan meratifikasi Protokol kepada Perjanjian Zon Bebas Senjata Nuklear Asia Tenggara (SEANWFZ) tanpa sebarang syarat.

“Langkah ini menunjukkan kepimpinan dan komitmen China terhadap Asia Tenggara yang bebas senjata nuklear,” tambahnya.

Dari segi kerjasama ekonomi,Mohamed Hasan berkata ASEAN dan China kini kekal sebagai rakan dagang terbesar antara satu sama lain untuk tahun keempat berturut-turut,dengan jumlah dagangan mencecah 770.94 bilion dolar Amerika pada tahun 2024,meningkat 10.61 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap