Hubungan baik Malaysia - Perancis beri manfaat jangka panjang kepada negara

2025-07-04    HaiPress

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim di Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora di Paris.

PARIS,4 Julai - Kuala Lumpur berharap hubungan baik berterusan dengan Paris memberi manfaat jangka panjang kepada negara.

Menurut Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim perincian mengenainya akan dibincang dalam pertemuan dengan Presiden Perancis,Emmanuel Macron hari ini.

Katanya,hubungan sedia terjalin dipertingkat sejak beberapa tahun lepas.

"Terdapat pelbagai cara yang boleh diterokai untuk memperkukuh lagi kerjasama ini. Tidak seperti beberapa dekad pertama selepas kemerdekaan,kita kini tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada kehadiran mereka."

"Keadaan telah berubah,dan kita kini berada dalam kedudukan untuk menyumbang secara bermakna terutamanya dalam bidang yang kita kuasai dan miliki kepakaran," kata Datuk Seri Anwar.

Beliau berucap pada Majlis Ramah Mesra Bersama Diaspora di Perancis. Turut bersama beberapa menteri kabinet.

Perdana Menteri kini berada di Perancis untuk lawatan rasmi atas jemputan Presiden Macron dan dijadual mengadakan pertemuan bersama pemimpin berkenaan di istana Presiden.

Antara perkara yang dibincangkan ialah usaha merancakkan perdagangan,pelaburan dan usaha meneroka kerjasama dalam bidang berkepentingan.

Perancis adalah antara lima rakan dagang utama Malaysia dalam kalangan negara Kesatuan Eropah.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap