Pelbagai platform khususnya televisyen dan radio.
LABUAN,3 Julai - Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus mengorak langkah bina imej penjenamaan baharu melalui pelbagai platform,khususnya televisyen dan radio.
Ini sekaligus menjadi daya tarikan kepada klien untuk membantu meningkatkan jenama produk menerusi promosi pengiklanan yang berkualiti.
Pengarah Bahagian Pemasaran dan Promosi Jabatan Penyiaran,Kamal Roslim berkata platform TV dan radio menjadi saluran utama bahagian pemasaran untuk meningkat jenama produk klien.
Ini kerana kedua-dua saluran tersebut masih kekal relevan dan mempunyai penonton dan pendengar yang ramai.
"Apa yang dilihat sekarang dari segi penjenamaan RTM itu sendiri telah menarik ramai klien sebab mereka faham kenapa perlu memasarkan di RTM adalah yang pertama kerana saluran berita yang sahih dan program yang disiar adalah berkualiti " katanya.
Beliau berkata demikian selepas menjadi tetamu eksklusif menerusi slot “Setagal Daulu” di LABUANfm.
Bahagian Pemasaran juga telah memperluaskan kaedah kepada tiga platform baharu yang memberikan nilai tambahan kepada klien.
Ini termasuklah stesen-stesen radio negeri di seluruh negara.