Bursa Malaysia, Maybank anjur persidangan Invest ASEAN-Malaysia 2025

2025-07-01    IDOPRESS

Bursa Malaysia,Maybank anjur persidangan Invest ASEAN-Malaysia 2025 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR,29 Jun – Bursa Malaysia Berhad dengan kerjasama Malayan Banking Berhad (Maybank) akan menganjurkan Persidangan Invest ASEAN-Malaysia 2025,yang dijadual berlangsung dari 1 hingga 3 Julai ini di ibu negara.

Persidangan bertaraf antarabangsa itu bakal menghimpunkan sebanyak 71 syarikat korporat dari seluruh rantau ASEAN,termasuk 30 syarikat tempatan,dengan anggaran gabungan permodalan pasaran mencecah AS$382.6 bilion.

Selama tiga hari penganjuran,acara tersebut akan menekankan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025,dalam memacu integrasi serantau serta memperkukuh hubungan antara pasaran modal ASEAN.

Persidangan berprestij itu akan dirasmikan oleh Menteri Kewangan II,Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan,yang turut dijadual menyampaikan ucaptama pembukaan.

Lebih 1,500 delegasi antarabangsa dijangka hadir,terdiri daripada pelabur ekuiti,pendapatan tetap,dan ekuiti persendirian,dengan jumlah aset di bawah pengurusan (AUM) melebihi AS$13.6 trilion.

Selain sesi persidangan,peserta juga akan berpeluang menyertai lawatan ke beberapa koridor ekonomi utama negara,termasuk Malaysia Vision Valley 2.0 di Negeri Sembilan,yang bertujuan memperkenalkan potensi pelaburan strategik di Malaysia.

Persidangan ini merupakan kesinambungan kepada siri Invest Malaysia yang bermula sejak 2005 serta platform Invest ASEAN yang diperkenalkan oleh Maybank pada 2014,dan terus berperanan sebagai jambatan strategik dalam merangsang kerjasama pelaburan serantau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap