Foto Facebook Datuk Armizan Mohd Ali
KOTA KINABALU,30 Jun- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa peniaga peniaga mikro dan kecil dalam sektor makanan dan minuman boleh menggunakan silinder gas petroleum cecair (LPG) bersubsidi.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata,pindaan baharu Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan (PPKB) 2021 mengambil kira keperluan golongan peniaga mikro.
Pindaan itu akan menambah baik mekanisme kawalan bagi mengekang ketirisan,penyeludupan dan penyelewengan subsidi.
"Saya ingin menyebut di sini bahawa para peniaga makanan minuman kecil dan mikro ini tidak perlu khuatir. Selagi mereka menjual makanan dan perkhidmatan pada harga yang berwajaran mereka akan dijamin terus mendapat memanfaatkan subsidi LPG," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media di sini.
Satu sesi libat urus bersama pihak bekerpentingan akan dijalankan bermula esok hingga 31 Oktober depan selari dengan pelaksanaan Op Gasak,bagi mendapatkan pandangan berhubung cadangan pindaan berkenaan.