Anthony Loke Siew Fook
SINGAPURA,30 Jun- Penentuan kadar tambang Projek Rapid Transit Sistem Link (RTS Link) akan ditentukan tidak lama lagi.
Menteri Pengngkutan,Anthony Loke Siew Fook berkata,RTS Operations Sdn Bhd (RTSO),yang juga syarikat usaha sama antara Malaysia dan Singapura bagi sistem RTS Link akan bersama-sama menentukan mekanisme kadar tambang yang sesuai.
"Saya fikir itu adalah trend pengendali pengangkutan awam di seluruh dunia. Yang paling penting ialah sistem pembayaran terbuka.
"Ini bermakna anda boleh menggunakan pelbagai mod pembayaran sama ada menggunakan kad kredit atau kad debit. Kedua-dua sistem itu merupakan pembayaran terbuka,di Malaysia kami mempunyai Touch 'n Go," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Memperkenalkan Tren Pertama RTS 01 di Pusat Ujian Rel Singapura (SRTC),di sini.
Menurut Anthony Loke,semua perkara itu akan ditentukan menjelang 18 bulan terakhir sebelum RTS Link beroperasi iaitu pada 1 Januari 2027.
RTS Link merupakan projek laluan kereta api ulang alik sepanjang kira-kira empat kilometer antara Bukit Chagar di Johor Bahru dan Woodlands Utara,Singapura.
Ia dijangka mampu membawa sehingga 10,000 penumpang dalam tempoh satu jam dengan penjimatan masa hingga lima minit bagi setiap perjalanan.