Hebahan mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit di laman Facebook Polis IPD Padawan
PADAWAN,5 Jun - Seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan hilang selepas beberapa hari tidak pulang ke rumah keluarganya di Kampung Telaga Air.
Ketua Polis Daerah Padawan,Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata,Hasidah Halid,12,dilaporkan keluar rumah sejak petang Ahad lepas.
Menurutnya,selepas tiga hari gagal menghubungi kanak-kanak itu,keluarganya membuat laporan di Balai Polis Siburan pada petang Rabu.
Butiran orang hilang - FB IPD Padawan
Polis turut membuat hebahan mengenai kehilangan kanak-kanak terbabit di laman Facebook Polis IPD Padawan.
Kali terakhir kanak-kanak itu dilihat memakai tudung hitam,baju lengan panjang belang hitam putih,seluar panjang bewarna coklat dan turut membawa beg tangan berwarna coklat.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pihak polis di talian 082-862233.