Sistem kawalan trafik udara KLIA bakal dirombak

2025-06-06    IDOPRESS

Anthony Loke pada sidang media selepas majlis pecah tanah pembangunan Taman Aero Selangor di Sepang / Foto BERNAMA

SEPANG,5 Jun - Bagi meningkatkan kecekapan operasi dan menampung pertumbuhan pesat trafik pesawat dalam tempoh beberapa tahun akan datang,kerajaan merancang melaksanakan rombakan menyeluruh sistem kawalan trafik udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Menurut Menteri Pengangkutan,Anthony Loke,perancangan tersebut dilaksanakan sejajar unjuran peningkatan dalam sektor penerbangan khususnya penerbangan kargo dan penumpang.

"Dari segi pihak penerbangan awam,kerajaan akan menambah baik dari segi pengurusan trafik udara. Kita menjangkakan bahawa trafik udara di KLIA akan semakin sibuk bukan sahaja pesawat penumpang tetapi juga pesawat kargo.

Sehubungan itu,kerajaan sedang membuat perancangan untuk menjadikan KLIA lebih efektif dan lebih efisien dari segi pergerakan trafik," ujarnya.

Langkah itu juga selari aspirasi kerajaan untuk menjadikan KLIA sebagai hab kargo udara utama di ASEAN yang memerlukan sistem kawalan trafik lebih moden,cekap dan responsif terhadap keperluan industri penerbangan global.

Anthony menyatakannya pada sidang media selepas majlis pecah tanah pembangunan Taman Aero Selangor (SAP) di sini.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap