Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil minggu depan

2025-06-03    HaiPress

Foto Fail

KUALA LUMPUR,31 Mei- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan dengan sokongan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini,bank pusat itu mengendalikan operasi harian dengan menjalankan tender repo berbalik dan repo berbalik Islam bagi mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Bagi asas Jumaat hingga Jumaat,mudah tunai dalam sistem konvensional susut kepada RM28.50 bilion daripada RM34.2 bilion pada akhir minggu sebelum itu.

Dalam sistem Islam,mudah tunai menurun kepada RM27.20 bilion daripada RM24.3 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 29 Mei,2025.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap