Depani cabaran kos sara hidup: Rancang kewangan, berbelanja lebih berhemah

2025-05-12    IDOPRESS

- Foto Fail

KUALA LUMPUR,12 Mei - Orang ramai disarankan agar merancang kewangan dengan lebih teliti dan berbelanja secara berhemah.

Jelas Pensyarah Ekonomi Fakulti Pengurusan dan Perniagaan,Universiti Teknologi MARA (UiTM),Dr. Juliana Mohamed Abdul Kadir,langkah itu penting dalam mendepani cabaran kos sara hidup masa kini.

"Pengguna perlu mengurangkan kehendak mereka terhadap barangan yang tidak penting. Utamakan keperluan," katanya ketika ditemui selepas menjadi tetamu program Selamat Pagi Malaysia di sini hari ini.

Jelasnya lagi,perancangan kewangan yang baik dapat mengelakkan pengguna terperangkap dalam bebanan hutang yang berupaya memberi tekanan ekonomi jangka panjang.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap