Kadar jangka pendek diunjurkan kekal stabil minggu depan, disokong operasi BNM

2025-05-12    IDOPRESS

Foto fail

KUALA LUMPUR,10 Mei - Kadar antara bank jangka pendek diunjurkan kekal kukuh minggu depan dengan disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) yang akan menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Minggu ini,bank pusat melaksanakan operasi setiap hari dengan menawarkan tender repo berbalik,repo berbalik Islam,serta repo berbalik semalaman untuk mengurangkan lebihan dana dalam sistem kewangan.

Berasaskan Jumaat ke Jumaat,mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM26.4 bilion daripada RM26.3 bilion pada minggu lepas.

Dalam sistem Islam,mudah tunai menokok kepada RM24.1 bilion daripada RM21.3 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) adalah 3.00 peratus pada 8 Mei.-BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap