Lawatan rasmi empat hari Anwar ke Rusia bermula esok

2025-05-12    IDOPRESS

Vladimir Putin dan Anwar Ibrahim di luar sidang Forum Ekonomi Timur di Vladivostok,Rusia pada 4 September 2024/Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR 12 Mei- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual memulakan lawatan rasmi selama empat hari ke Rusia bermula esok atas jemputan Presiden Vladimir Putin.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri,Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan lawatan itu akan merangkumi kunjungan ke Moscow dari 13 hingga 15 Mei,diikuti Kazan,Republik Tatarstan pada 15 dan 16 Mei ini.

"Semasa di Moscow,Perdana Menteri akan berucap di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO)(dan) mengadakan perjumpaan dengan ahli perniagaan Rusia (serta) mengadakan perjumpaan dengan diaspora Malaysia," katanyamenerusiTaklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.

Tambah beliau,Anwar juga dijadual menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari Forum Ekonomi Antarabangsa Kazan ke-16 pada 16 Mei,selain berucap dalam Mesyuarat Strategic Vision Group dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Republik Tatarstan,Rustam Minnikhanov.

Lawatan ini merupakan kunjungan rasmi kedua Perdana Menteri ke Rusia sejak memegang jawatan pada November 2022 selepas lawatan pertama pada September tahun lalu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap