PM adakan lawatan rasmi ke Rusia dari 13 - 16 Mei ini

2025-05-12    IDOPRESS

- Foto BERNAMA

PUTRAJAYA,12 Mei - Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Rusia dari 13 hingga 16 Mei ini.

Ia bagi memenuhi undangan Presiden Rusia,Vladimir Putin.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri,Tunku Nashrul Abaidah memaklumkan,lawatan itu akan merangkumi kunjung ke Moscow dari 13 hingga 15 Mei dan Kazan,Tatarstan pada 15 dan 16 Mei.

"Perdana Menteri juga akan menghadiri Forum Ekonomi Antarabangsa 'KazanForum' Ke-16 atas jemputan Rais Republik Tatarstan,Tuan Yang Terutama Rustam Minnikhanov," katanya pada Taklimat Harian Pejabat Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung menerusi sosial media rasmi Anwar Ibrahim.

Jelas beliau lagi,semasa di Moscow,Perdana Menteri akan berucap di Moscow State Institute of International Relations University (MGIMO).

Datuk Seri Anwar turut dijadual mengadakan pertemuan dengan ahli perniagaan Rusia dan diaspora Malaysia.

"Semasa di Kazan,Perdana Menteri akan menyampaikan ucaptama semasa sesi plenari KazanForum pada 16 Mei selain menyampaikan ucapan pada Mesyuarat Strategik Vision Group serta mengadakan pertemuan dengan Rais Tatarstan," katanya.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap