Tun Ramli hadir majlis kesyukuran sempena pelantikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang kesembilan

2025-05-09    HaiPress

Foto Bernama

GEORGE TOWN,8 Mei- Lebih 600 jemaah menghadiri Majlis Kesyukuran dan Doa Selamat sempena Pelantikan Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tun Ramli Ngah Talib di Masjid Negeri,di sini,malam ini.

Ketibaan Tun Ramli bersama isteri Toh Puan Raja Noora Ashikin Raja Abdullah disambut Timbalan Ketua Menteri I Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah,disusuli dengan bacaan Yassin dan doa selamat dipimpin Mufti Kerajaan Pulau Pinang,Profesor Madya Datuk Dr Mohd Sukki Othman.

Turut hadir barisan kepimpinan kerajaan negeri antaranya Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan,Pembangunan Keusahawanan dan Luar Bandar Datuk Rashidi Zinol.

1 Mei lalu,Tun Ramli Ngah Talib mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang kesembilan di Dewan Sri Pinang,George Town.

Jawatan itu berkuat kuasa bagi tempoh empat tahun hingga 30 April 2029.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap