Fifa Youth Series 2025: 25 pemain dipanggil ke kem latihan pusat skuad B-16 Negara

2025-05-08    IDOPRESS

lapan tonggak JDT V antara 25 pemain dipanggil sertai kem latihan skuad B-16 negara

KUALA LUMPUR,7 Mei – Seramai 25 pemain dipilih ketua jurulatih skuad Bawah 16 Tahun (B-16) kebangsaan,Javier Jorda Ribera bagi menyertai kem latihan pusat bermula Khamis ini sebagai persiapan menghadapi kejohanan FIFA Youth Series 2025 di Zurich,Switzerland.

Daripada kesemua yang dipanggil,lapan pemain merupakan wakil JDT V manakala selebihnya adalah produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD),termasuk skuad AMD B-16 dan AMD Future.

Latihan pusat selama seminggu akan dijalankan di Majlis Sukan Negara (MSN),Bukit Jalil sebelum senarai akhir 22 pemain diumumkan untuk berlepas ke Zurich pada 15 Mei ini.

FIFA Youth Series 2025 yang berlangsung dari 18 hingga 22 Mei di Home of FIFA,Zurich menghimpunkan enam pasukan B-16 dari enam benua di bawah konfederasi FIFA.

Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Tunisia dan Paraguay,manakala Kumpulan A dibarisi tuan rumah Switzerland,New Zealand dan Guatemala.

Skuad negara akan membuka kempen bertemu Paraguay pada 18 Mei dan berdepan Tunisia sehari kemudian.

Pasukan yang menamatkan saingan di tempat ketiga kumpulan akan beraksi dalam perlawanan penentuan tempat kelima dan keenam pada 21 Mei.

Perlawanan merebut tempat ketiga dan aksi final akan berlangsung pada 22 Mei.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap