Prestasi eksport Malaysia kekal di landasan kukuh terutama produk E&E

2025-05-06    IDOPRESS

Kerajaan MADANI membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh serta mempelbagaikan produk dan pasaran eksport negara

KUALA LUMPUR,5 Mei - Prestasi eksport Malaysia kekal di landasan kukuh,khususnya eksport produk elektrik dan elektronik (E&E) yang masih mengekalkan momentum pertumbuhan menggalakkan.

Perdana Menteri,Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara itu berdasarkan pemerhatian awal.

"Produk E&E merupakan eksport utama yang menyumbang hampir 60% daripada keseluruhan eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) iaitu RM119.9 bilion. Walaupun sekarang dikecualikan,kita harus pantau dengan teliti kerana apa-apa keputusan melibatkan E&E import ke AS tentunya akan menjejaskan pengeluaran bidang semikonduktor E&E di Malaysia," katanya pada sesi penerangan mengenai impak tarif yang dilaksana AS di Dewan Rakyat.

Jelas beliau lagi,menerusi segala ikhtiar reformasi struktur yang giat dilaksanakan,Kerajaan MADANI telah membina ekosistem rantaian bekalan yang teguh serta mempelbagaikan produk dan pasaran eksport negara.

Ini bagi memastikan negara tidak terlalu bergantung kepada mana-mana pasaran mahupun produk yang terdedah kepada kejutan luar.

Menurut Datuk Seri Anwar,jika dilihat daripada perspektif eksport Malaysia ke AS,impaknya dijangka terkawal.

Bagaimanapun,isu yang memprihatinkan Malaysia sebagai ekonomi terbuka adalah impak dasar AS ke atas ekonomi global.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap