Bursa Malaysia dibuka tinggi, jejaki kenaikan di Wall Street

2025-03-20    IDOPRESS

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,20 Mac- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis,menjejaki kenaikan di Wall Street dalam tempoh semalaman selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadar faedahnya dan mengesahkan prospek untuk dua kali pengurangan kadar faedah tahun ini.

Pada 9.10 pagi,FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.44 mata kepada 1,523.10 daripada 1,517.66 ketika ditutup semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka 4.74 mata lebih tinggi kepada 1,522.40.

Bagi keseluruhan pasaran,kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 255 berbanding 87 manakala 222 kaunter tidak berubah,1,873 kaunter tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 167.35 juta saham bernilai RM91.13 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,Fed memutuskan kadar faedahnya dikekalkan walaupun inflasi AS dijangka meningkat tahun ini memandangkan pertumbuhan ekonomi yang lemah berkemungkinan dapat mengimbangi tekanan inflasi.

“Sementara itu,pelabur akan memantau pengumuman kadar utama pinjaman oleh People’s Bank of China,” jelasnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi,Public Bank menambah dua sen kepada RM4.56,TNB naik 10 sen kepada RM13.66,CIMB meningkat enam sen kepada RM6.99,dan Press Metal menokok dua sen kepada RM5.02.

Maybank dan CelcomDigi masing-masing tidak berubah pada RM10.36 dan RM3.53,manakala IHH Healthcare kurang satu sen kepada RM7.09 dan Hong Leong Bank susut enam sen kepada RM20.40.

Bagi saham aktif,Innature dan Pertama Digital masing-masing meningkat tiga sen kepada 24.5 sen dan 20 sen. Sedania menambah 1.5 sen kepada 14 sen,YTL Corp menokok lima sen kepada RM2.05,dan Sealink meningkat 2.5 sen kepada 19 sen.

Sapura Energy,EA Holdings,dan Minox International masing-masing tidak berubah pada 4.5 sen,setengah sen,dan 25 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas naik 48.36 mata kepada 11,412.42,Indeks FBMT 100 meningkat 47.28 mata kepada 11,168.97,dan Indeks FBM Emas Shariah menokok 43.59 mata kepada 11,102.38.

Indeks FBM 70 melonjak 98.52 mata kepada 16,358.73,manakala Indeks FBM ACE menambah 22.38 mata kepada 4,733.87.

Mengikut sektor,Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.13 mata kepada 154.90,Indeks Tenaga meningkat 6.64 mata kepada 747.03,dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 6.64 mata kepada 18,664.71.

Sementara itu,Indeks Perladangan susut 36.79 mata kepada 7,400.58.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap