Banjir Johor: 20 sekolah rendah terjejas

2025-03-20    IDOPRESS

Sebanyak 20 buah sekolah rendah di Johor terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu setakat tengah hari tadi / Foto Hiasan / RTM

JOHOR BAHRU,20 Mac – Sebanyak 20 buah sekolah rendah di Johor terjejas akibat banjir yang melanda negeri itu setakat tengah hari tadi.

Exco Pendidikan dan Penerangan,Aznan Tamin berkata sekolah-sekolah yang terlibat berada di lima daerah,iaitu Johor Bahru,Kulai,Pontian,Kota Tinggi dan Kluang.

“Daripada jumlah tersebut,11 sekolah dilaporkan terputus hubungan,tujuh dijadikan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dan dua dinaiki air,melibatkan seramai 110 guru dan murid,” katanya kepada pemberitaselepas melawat penduduk terjejas di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara,di sini.

Menurut beliau,semua sekolah telah diarahkan untuk bersedia menerima penduduk terjejas banjir pada bila-bila masa.

“Bagi sekolah yang dijadikan PPS,pembelajaran akan diteruskan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR),manakala sesi persekolahan lain tetap berjalan seperti biasa,” tambahnya.

Setakat pukul 2 petang,seramai 1,691 penduduk daripada 471 keluarga telah terjejas akibat banjir di Johor.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri,kesemua penduduk terjejas kini berlindung di 22 PPS yang beroperasi di negeri itu.

Johor Bahru mencatat jumlah penduduk terjejas tertinggi dengan 674 orang,diikuti Kota Tinggi (431),Pontian (297) dan Kulai (289).

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap