Pembangunan ICQS Kapit, KDN belum terima cadangan rasmi

2025-03-13    IDOPRESS

Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah/ BERNAMA

KUALA LUMPUR,13 Mac- Kementerian Dalam Negeri (KDN) masih belum menerima sebarang cadangan rasmi mengenai pembangunan Kompleks Imigresen,Kastam,Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Tapak Megah,Kapit,Sarawak.

Timbalan Menteri Dalam Negeri,Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata,bagaimanapun pihaknya sedia meneliti cadangan tersebut jika dikemukakan pihak berkaitan.

Secara asalnya,ICQS di Tapak Megah tidak tersenarai sebagai pintu masuk utama antarabangsa yang dipersetujui antara Kerajaan Malaysia dan negeri Sarawak.

Justeru,segala perancangan perlu dibuat dengan teliti bagi memenuhi fungsi dan objektif penubuhan ICQS terbabit.

"Antara faktor yang diambil kira dalam mempertimbangkan pintu masuk antarabangsa (PMA),antaranya ialah memerlukan persetujuan prinsip antara Malaysia dan negara jiran,kesesuaian tapak cadangan termasuk dari aspek ketersediaan akses,jarak dari garis sempadan,kita juga ambil kira tentang pemilikan tanah dan halangan pembangunan.

"Selain itu,melihat juga isu-isu implikasi kewangan,keselamatan dan ekonomi,jarak dengan pintu masuk utama yang terhampir serta unjuran trafik sedia ada dan keperluan pada masa hadapan",katanya.

Beliau menjawab soalan yang dikemukan oleh Senator Abun Sui Anyit di Dewan Negara.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap