Tiada pelajar Malaysia terlibat dalam insiden di selatan Thailand

2025-03-12    IDOPRESS

Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir/ BERNAMA

PUTRAJAYA,11 Mac- Tiada laporan mengenai pelajar Malaysia terlibat atau tercedera dalam insiden letupan bom di selatan Thailand.

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir berkata,beliau tidak menolak kemungkinan terdapat pelajar yang belajar secara persendirian dalam bidang agama di kawasan tersebut.

"Sehingga kini kita tidak ada sebarang maklumat berkaitan sama ada pelajar kita ada,maksudnya dari segi kecederaan atau mangsa-mangsa terlibat jadi daripada pelajar atau tidak.

"Tetapi sehingga kini tidak ada laporan yang berkaitan dengan pelajar-pelajar penduduk-penduduk kita. Mungkin ada pelajar-pelajar yang belajar secara persendirian dalam bidang-bidang agama dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Iftar Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di sini.

Pada majlis tersebut,seramai 98 pembantu khidmat am berada bawah kementeriannya turut menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM100 setiap sorang yang disumbangkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan KPT.

Dalam perkembangan lain mengenai insiden empat pelajar Malaysia yang cedera dalam kemalangan jalan raya di Jordan,tiga dilaporkan dalam keadaan stabil dan seorang lagi masih dalam pengawasan pihak hospital.

"Di Jordan juga saya telah mendapat maklum balas setiap hari dan saya telah mengarahkan kepada Perwakilan Hal Ehwal Islam Malaysia (PHIM) di Jordan supaya menyediakan laporan itu kepada saya setiap hari.

"Sehingga hari ini ada empat pelajar,tiga pelajar telah dilaporkan stabil kepada saya dan seorang pelajar masih lagi dalam pengawasan pihak hospital," katanya.

Bagaimanapun pihak kementerian masih menunggu laporan daripada pihak hospital berkenaan keadaan pelajar dalam pengawasan tersebut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap