Pindaan Akta Orang Asli dibentang pertengahan 2026

2025-03-12    IDOPRESS

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi/ BERNAMA

SEREMBAN,11 Mac- Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) dalam proses membuat pindaan ke atas Akta Orang Asli 1954 yang dijangka dibentang di parlimen selewat-lewatnya pertengahan tahun depan.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata,sesi libat urus sedang dilakukan melibatkan tok batin,pemimpin orang asli dan para intelektual.

Antara perkara yang akan ditambah baik dalam pindaan tersebut termasuk pemetaan dan pendaftaran tanah bawah akta sama bagi menentukan kawasan dalam kalangan orang asli dapat digazetkan mengikut akta sama.

"Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) akan buat kajian di New Zealand untuk melihat bagaimana akta yang dilaksanakan bagi suku Maori di sana supaya dapat dijadikan panduan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Santunan Kasih Ramadan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Tahun 2025 di Masjid Al-Munawwarah,Panchor Jaya di sini.

Dalam pada itu,beberapa aspek lain turut dikenal pasti untuk dimasukkan dalam ubah suai dan naik taraf akta yang tidak dibuat pindaan lebih 70 tahun itu.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap