Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan

2025-03-10    HaiPress

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR,8 Mac- Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil minggu depan,disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Pada minggu ini,bank pusat melakukan operasi harian dengan menawarkan repo berbalik,repo berbalik Islam dan tender repo berbalik semalaman bagi mengurangkan lebihan dana daripada sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai dalam sistem konvensional meningkat kepada RM27.70 bilion pada Jumaat daripada RM26.30 bilion pada akhir minggu sebelumnya.

Dalam sistem Islam,lebihan mudah tunai lebih tinggi pada RM28.70 bilion daripada RM26.29 bilion sebelumnya.

Kadar Semalaman Islam Malaysia (MYOR-i) berada pada 3.00 peratus pada 6 Mac.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap