Tiga lelaki dibebaskan tuduhan edar, miliki dadah

2025-03-06    HaiPress

FOTO RTM

JOHOR BAHRU,6 Mac- Mahkamah Tinggi Johor Bahru hari ini melepas dan membebaskan tiga lelaki daripada dua pertuduhan mengedar serta memiliki dadah jenis syabu di Mersing,Johor,enam tahun lalu.

Hakim Datuk Abu Bakar Katar membuat keputusan itu terhadap K. Puvanisveran,58,S. Purusothaman,42,dan R. Viknesh,39,selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakiman,mahkamah berpendapat premis dan ladang berkenaan boleh diakses oleh pihak lain selain tertuduh,selari dengan keterangan saksi pendakwaan.

Berdasarkan pertuduhan pertama,ketiga-tiga tertuduh yang bekerja sebagai penternak ketika itu didakwa bersama-sama mengedar 6.20 kilogram syabu di sebuah premis di Kampung Pengkalan Batu,Mersing,pada 28 Ogos 2019.

Bagi pertuduhan kedua,mereka dituduh memiliki 58.68 liter cecair yang mengandungi syabu di lokasi,tarikh dan masa yang sama.

Mereka sebelum ini didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman bawah Seksyen 39B(2) akta sama,dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Selain itu,ketiga-tiga mereka turut didakwa bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mengikut Seksyen 12(3) akta sama,dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap