JAKIM teliti penggunaan AI, perkasa pemantauan halal luar negara

2025-03-05    HaiPress

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR,5 Mac -Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sedang meneliti penggunaan teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dan Blockchain bagi memperkukuh pemantauan serta pematuhan badan pensijilan halal luar negara (FHCB) selari dengan teknologi masa kini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),Datuk Seri Mohd Na’im Mokhtar,berkata langkah ini memastikan semua produk import memenuhi standard halal JAKIM sebelum memasuki pasaran Malaysia.

"AI membolehkan data pematuhan dianalisis secara automatik,mengenal pasti ketidakselarasan dalam pensijilan,serta mengeluarkan amaran awal terhadap sebarang ketidakpatuhan.

"Sementara itu,teknologi Blockchain memastikan setiap peringkat rantaian bekalan halal direkodkan dan disahkan secara telus serta tidak boleh diubah,menjadikan pemantauan lebih cekap dan berintegriti," katanya menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tumpat di Dewan Rakyat hari ini.

Tambah beliau,JAKIM serta agensi berkaitan turut bekerjasama dengan badan pensijilan halal antarabangsa bagi mengintegrasikan sistem selari dengan kehendak hukum syarak.

Langkah ini dijangka memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai peneraju pemantauan halal global berasaskan teknologi.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap