Datuk Seri Mohamad Hasan
KUALA LUMPUR,4 Mac- Pembukaan semula Pejabat Kedutaan Malaysia di Damsyik perlu dipertimbangkan dengan teliti susulan Syria masih terikat dengan pelbagai sekatan antarabangsa.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata,kerajaan bagaimanapun terus memantau rapat perkembangan di Syria.
"Walaupun Kerajaan Assad ditumbangkan dan kerajaan interim ditubuhkan tetapi Kerajaan Malaysia masih perlu berhati dalam mempertimbangkan untuk membuka semula pejabat kedutaan di Damsyik.
"Masih banyak sekatan antarabangsa termasuk sekatan Perubuhan Bangsa Bersatu (PBB),sekatan ekonomi,termasuk sekatan unilateral Amerika Syarikat (AS) dan lain-lain.
"Malaysia akan mempertimbang secara berhati sebelum mmbuka semula pejabat keduataan di sana. Bagaimanapun urusan rakyat Malaysia ketika ini urusan rakyat Malaysia,48 pelajar,empat rakyat biasa diurus dengan baik oleh konsul kehormat di Damsyik," katanya.
Penjelasan berkenaan bagi menjawab soalan tambahan daripada Ahli Parlimen Tenggara Manndzri Nasib berhubung faktor-faktor yang perlu diteliti dan dipertimbang sebelum Malaysia membuka semula kedutaan di Damsyik dalam masa terdekat.
Beliau turut menjelaskan,meskipun kedutaan Malaysia di Syria masih belum dibuka semula,kerajaan tetap memastikan kebajikan rakyat Malaysia di negara itu tetap terjaga.
Ketika ini,pelajar dan rakyat Malaysia yang berada di Syria berada bawah pemantauan Konsul Kehormat Malaysia di Damsyik.