Mayat remaja OKU ditemukan terapung di Sungai Siam

2025-03-03    IDOPRESS

Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut membawa keluar mayat Muhammad Amir Mursyid Shamli di Sungai Siam,Felda Kota Gelanggi 3,Jerantut

JERANTUT,2 Mac- Mayat seorang remaja orang kurang upaya (OKU) ditemukan timbul di Sungai Siam,Felda Kota Gelanggi 3 di sini pukul 1.22 tengah hari tadi.

Mangsa,Muhammad Amir Mursyid Shamli,16 tahun mempunyai masalah pembelajaran ditemukan oleh pihak polis pada jarak satu meter dari tebing sungai terbabit.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang,Zulfadli Zakaria,polis meminta bantuan pihaknya untuk mengambil mayat remaja terbabit yang timbul di permukaan Sungai Siam dengan kedalaman 0.5 meter,tengah hari tadi.

Sejurus menerima laporan,seramai enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jerantut bersama jentera segera ke lokasi kejadian.

Pasukan bomba bertindak menarik mayat berkenaan menggunakan tali sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap