Pengampunan: Permohonan hendaklah dikemukakan banduan

2025-01-03    HaiPress

Istana Negara

KUALA LUMPUR,3 Januari - Mana-mana banduan yang dicadangkan untuk diberi keampunan atau pengurangan hukuman,permohonan hendaklah dikemukan oleh banduan terbabit.

Istana Negara menerusi kenyataan berkata permohonan oleh banduan terbabit untuk dipertimbangkan Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan Yang di-Pertuan Agong pada mesyuarat akan datang.

Ini berdasarkan peruntukan Perkara 42(1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan bagi kesalahan yang dilakukan di Kuala Lumpur,Labuan dan Putrajaya.

"Agong mempunyai kuasa prerogatif untuk memberi ampun,tunda hukum dan lega hukum bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan.

"Agong juga boleh meremit,menggantung atau meringankan apa-apa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah bagi kesalahan tersebut," menurut kenyataan Istana Negara pada Jumaat.

Oleh itu,Istana Negara mengingatkan agar semua pihak menghormati Perlembagaan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap