Bursa Malaysia dibuka tinggi meskipun pasaran semalaman AS alami penurunan

2025-01-03    HaiPress

Foto hiasan

KUALA LUMPUR,3 Januari- Bursa Malaysia meningkat semula untuk dibuka tinggi pada Jumaat,walaupun pasaran Amerika Syarikat (AS) mengalami penurunan dalam tempoh semalaman.

Pada pukul 9.05 pagi,indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 2.22 mata kepada 1,635.09 daripada 1,632.87 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks itu dibuka 2.07 mata lebih tinggi kepada 1,634.94.

Kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 164 berbanding 131,manakala 264 kaunter lain tidak berubah,1,796 launter tidak diniagakan,dan 11 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 119.32 juta unit bernilai RM69.23 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd,pihaknya cenderung kepada sektor minyak dan gas susulan lonjakan harga minyak mentah Brent,di samping mengekalkan unjuran positif bagi sektor yang berorientasi eksport seperti sarung tangan dan teknologi.

“Sekiranya harga emas melepasi paras rintangan,keadaan ini boleh memberikan peluang dagangan dalam kaunter berkaitan emas. Dalam melangkah ke hadapan,kami mengunjurkan pelaburan pusat data mula memberi impak pendapatan kepada sektor pembinaan,bahan binaan,dan utiliti,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Antara saham wajaran tinggi,CIMB meningkat lima sen kepada RM8.18,TNB naik empat sen kepada RM14.80,IHH Healthcare menokok dua sen kepada RM7.32,Hong Leong Bank melonjak 16 sen kepada RM20.58,CelcomDigi tidak berubah pada RM3.65,Maybank susut dua sen kepada RM10.16 dan Public Bank turun satu sen kepada RM4.53.

Bagi saham aktif,Datasonic meningkat 1.5 sen kepada 43.5 sen,Vetege Holdings naik 2.5 sen kepada 55 sen,Carlo Rino menambah satu sen kepada 21.5 sen manakala Yew Lee Pacific dan Winstar Capital masing-masing mendatar pada 51 sen dan 71 sen,SNS Network turun satu sen kepada 69 sen dan Jiankun kurang setengah sen kepada 4.5 sen.

Di papan indeks,Indeks FBM Emas meningkat 21.60 mata kepada 12,558.18; Indeks FBM Emas Syariah naik 19.39 mata kepada 12,569.17; dan Indeks FBMT 100 menokok 16.31 mata kepada 12,230.13.

Indeks FBM 70 menambah 24.19 mata kepada 18,854.12 manakala Indeks FBM ACE naik 5.77 mata kepada 5,437.87.

Mengikut sektor,Indeks Tenaga meningkat 11.77 mata kepada 842.19; Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 20.04 mata kepada 19,080.49; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.06 mata kepada 174.19,dan Indeks Perladangan turun 1.93 mata kepada 7,621.50.- BERNAMA

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap