Foto hiasan
PETALING JAYA,19 Disember- Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di Johor hingga esok,melibatkan Mersing dan Kota Tinggi.
MET Malaysia dalam kenyataan memaklumkan cuaca sama turut di jangka di negeri Sarawak dan Sabah sehingga Ahad ini.
Kawasan yang terlibat di Sarawak seperti Kuching,Serian,Samarahan,Sri Aman,Betong,Sarikei,Sibu,Mukah,Kapit (Song dan Kapit),Bintulu dan Miri (Subis,Beluru,Miri dan Marudi).
Manakala,di negeri Sabah melibatkan Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud),Sandakan (Telupid,Kinabatangan,Beluran dan Sandakan) dan Kudat.