Foto Fail
KUALA LUMPUR,12 Disember- Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.
Mudah tunai dianggarkan sebanyak RM26.68 bilion dalam sistem konvensional dan RM23.96 bilion dalam dana Islam.
Bank pusat akan menjalankan dua tender repo berbalik terdiri daripada RM3.0 bilion untuk tujuh hari,RM1.0 bilion untuk 90 hari.
Bank pusat akan menjalankan tender repo berbalik terdiri daripada RM2.5 bilion untuk tujuh hari,RM1.5 bilion untuk 31 hari dan RM1.0 bilion untuk 90 hari.
BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik,perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar untuk tempoh satu minggu,satu bulan dan tiga bulan.
Pada pukul 4.00 petang,BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.7 bilion dan RM24.3 bilion untuk tender semalaman Murabahah.- BERNAMA