Hari Inovasi Melaka dapat sambutan meriah, rancang skala lebih besar

2024-12-06    HaiPress

Exco Sains,Teknologi,Inovasi  dan Komunikasi Digital Melaka,Datuk Fairul Nizam Roslan

AYER KEROH,6 Disember- Penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka akan diteruskan dengan skala lebih besar pada tahun hadapan.


Exco Sains,Inovasi dan Komunikasi Digital negeri,Datuk Fairul Nizam Roslan berkata,pihaknya menyasarkan kira-kira 500 idea inovasi baharu akan dipertandingkan.


Ia selepas melihat kejayaan penganjuran tahun ini yang mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan lebih 120 produk dan idea inovasi.


"Ini jadi salah satu langkah permulaan kita menambah baik lagi penganjuran Hari Inovasi Negeri Melaka yang kita diadakan pada setiap tahun dengan kerjasama RICE Melaka@UTeM," katanya.


Tambahnya,produk inovasi dan reka cipta yang berpotensi akan diketengahkan dan dikomersialkan dalam pasaran.

Sementara itu,pelbagai produk dan rekaan diketengahkan dalam Program Hari Inovasi Negeri Melaka 2024.


Ia sekali gus memberi pendedahan latihan asas kemahiran dan daya idea kreatif yang mampu dihasilkan golongan pelajar.


Pada program tersebut,produk sabun untuk pesakit eczema yang dihasilkan pelajar Sekolah Kebangsaan Merlimau 2,Fatin Nur Irdina Maisarah Raman memenangi kategori pembentang terbaik.


Fatin Nur Irdina Maisarah Raman dariSekolah Kebangsaan Merlimau 2 memenangi kategori pembentang terbaik menerusi penghasilan produk sabun eczema
Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap