4,619 lokasi 'hotspot' banjir sudah dikenal pasti - Fadillah Yusof

2024-12-05    HaiPress

Fadillah Yusof

KUALA LUMPUR,5 Disember- Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air Malaysia (PETRA) melalui Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) telah mengenal pasti 4,619 lokasi 'hotspot' banjir di seluruh negara.

Menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof memaklumkan kerajaan juga memastikan 534 siren amaran banjir di sungai-sungai utama berfungsi dengan baik.

Tindakan awal juga sudah dilaksanakan untuk melaksanakan kerja-kerja mitigasi termasuk penyelenggaraan sistem perparitan serta pembaikan dan pengubahsuaian infrastruktur.

"Sebagai persediaan tindak balas bencana banjir,Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) dan Daerah (JPBD) diminta untuk melaksanakan koordinasi persediaan awal melalui mesyuarat,mengadakan simulasi dan latihan bersepadu,serta persediaan pusat pemindahan sementara (PPS)," katanya di Dewan Rakyat hari ini

Fadillah turut menambah bahawa kerajaan melalui NADMA telah mengatur tiga langkah penting sebagai persediaan banjir iaitu prabanjir,persediaan tindak balas bencana dan penyelarasan pasca banjir.

"Pelaksanaan aktiviti Communication,Education and Public Awareness (CEPA) juga turut dijalankan untuk memastikan kesedaran dan pemahaman orang ramai dalam menghadapi bencana ini," tambah beliau.

Penafian: Artikel ini diterbitkan semula dari media lain. Tujuan mencetak semula adalah untuk menyampaikan lebih banyak maklumat. Ini tidak bermakna laman web ini bersetuju dengan pandangannya dan bertanggungjawab ke atas keasliannya, dan tidak menanggung tanggungjawab undang-undang. Semua sumber di laman web ini dikumpulkan di Internet. Tujuan perkongsian adalah untuk pembelajaran dan rujukan sahaja. Sekiranya terdapat pelanggaran hak cipta atau harta intelek, sila tinggalkan mesej.

Terbaru

Pautan mesra

Back to top
© Hak cipta 2009-2020 Rumah Melayu      Hubungi kami   SiteMap